26 Januari 2014

MADU DAN MADU

MADU DAN MADU
Berikut uraian dari pembahasan judul di atas.

Pengambilan madu telah diamalkan oleh manusia zaman berzaman. Ianya telah digunakan oleh masyarakat dari pelbagai benua sebagai satu kaedah rawatan semulajadi yang berkesan. Madu juga telah disebutkan didalam kitab suci Al-Quran di Surah An-Nahl ayat ke 69 sebagai penawar kepada manusia. Di dalam artikel ini kita akan melihat 7 khasiat madu yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk meletakkan madu sebagai satu menu dalam amalan pemakanan harian anda.

 

1. Khasiat Madu Sebagai Pemberi Tenaga

 

Disamping rasanya yang manis dan sedap madu juga dikenali sebagai “penyuntik” tenaga semulajadi yang mampu mengelakkan kita dari keletihan. Rahsia kelebihan madu ini adalah pada kandungan karbohidrat dan glukosa yang dapat membekalkan tenaga kepada kita. Maka tidak hairanlah ahli-ahli sukan secara amnya ataupun pelari marathon secara khususnya mengamalkan madu sebelum bersukan sebagai penambah tenaga semulajadi.

 

2. Khasiat Madu Membantu Proses Pencernaan

 

Kita sebagai rakyat Malaysia mewah dengan pilihan makanan yang pelbagai. Oleh itu tidak hairanlah ramai diantara kita yang mempunyai tabiat makan yang buruk yang mengganggu proses pencernaan. Madu merupakan salah satu alternatif berkesan yang dapat membantu kita dalam proses mencernakan makanan. Amalkan madu setiap hari bagi mendapat sistem pencernaan yang baik.

 

3. Khasiat Madu Sebagai Bahan Antioksida

 

Di dalam madu terdapat sifat-sifat antioksida yang baik untuk kita. Antioksida disini bermaksud bahan yang membuang agen pengoksidaan yang merbahaya di dalam tubuh manusia. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda telahpun membekalkan bahan antioksida yang bermanfaat untuk tubuh anda.

 

4. Khasiat Madu Sebagai Penggalak Bakteria Baik

 

Madu berupaya untuk menggalakkan bakteria baik didalam tubuh kita dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah banteria yang tidak baik. Ini penting bagi memastikan tubuh kita tidak terdedah dengan jangkitan. Madu boleh dikategorikan sebagai antibiotik semulajadi termanis didunia!

 

5. Khasiat Madu Sebagai Ubat Sakit Tekak

 

Jika anda mengalami sakit tekak yang berpanjangan anda digalakkan untuk mengambil madu sebagai rawatan alternatif dan semulajadi untuk memulihkan kesakitan anda. Minum sesudu besar madu setiap kali anda mengalami sakit tekak dan ulangi bila perlu, insyaAllah masalah sakit tekak anda akan berunsur pulih.

 

6. Khasiat Madu Sebagai Perawat Kulit

 

Fungsi madu yang mengandungi bahan antibiotik yang membunuh kuman sesuai untuk digunakan pada wajah sebagai masker. Ia berkesan untuk memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan dalam pada masa yang sama melembapkan kulit. Anda juga boleh gunakannya pada kulit yang terluka bagi menghalang jangkitan bakteria.

 

7. Khasiat Madu Bagi Membantu Anda Tidur

 

Bagi anda yang sukar tidur anda boleh mengamalkan meminum madu yang dicampur bersama susu panas beberapa minit sebelum tidur. Kandungan asid amino, vitamin dan mineral bertindak sebagai bahan penenang semulajadi yang membantu anda tidur dengan lebih lena. Amalkan meminum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

 

BONUS: Khasiat Madu Bagi Pasangan Berkahwin

 

Madu juga boleh menjadi bahan afrodisiak yang boleh membangkitkan keinginan diantara pasangan suami isteri. Jadikan amalan meminum madu untuk menghangatkan lagi hubungan suami isteri anda!

 

Itulah dia 7+1 khasiat madu yang perlu anda tahu dan yang boleh anda amalkan dalam diet harian anda. Madu juga sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap diabetes. Apa yang penting disini adalah, anda perlu mendapatkan stok madu yang benar-benar tulen dan bermutu. Elakkan dari membeli madu tiruan yang di campur dengan gula dan pelbagai bendasing lain yang menjejaskan khasiat dan boleh membahayakan kesihatan anda.

 

#BAHASA UPIN IPIN




BACA JUGA:
Khasiat Madu Tropis Brazil
---
/notes/madu-hutan-asli-bima-sumbawa/madu-dan-madu/147890542035277

Artikel Terkait


MADU DAN MADU
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email